Terma dan Syarat

1.OBJEKTIF

  • Mengalakkan para jemaah dan anak kariah Alam Sari (AS) memberi infak dan sumbangan secara tahunan atau sekali (one-off) demi manfaat dan kepentingan bersama atas semangat ukhwah, bantu-membantu dan persaudaraan sesama Islam.
  • Menguruskan jenazah Ahli Khairat Alam Sari secara komprehensif dengan kerjasama AJK dan sukarelawan bagi meringankan beban waris mengikut tatacara dan prosedur sedia ada.
  • Setiap jemaah yang menyertai Khairat akan di daftarkan sebagai Anak Kariah Surau Al-Amin secara automatik.

 

2. DEFINISI DAN TERMA

 

AHLI KETUA Keluarga (Suami atau Isteri) atau Perseorangan yang berdaftar sebagai AHLI BIASA atau AHLI SEUMUR HIDUP dan menetap di Alam Sari (AS).
PENAMA

Tanggungan/Waris (Suami atau Isteri, Anak bujang, Ibubapa kandung dan Mertua yang tinggal serumah bersama AHLI ) dan berdaftar di bawah AHLI.

Tidak termasuk anak yang berkahwin dan saudara/keluarga terdekat yang menetap di Alam Sari.

AHLI BIASA

Jemaah atau anak kariah Alam Sari yang berdaftar dan memilih untuk sumbangan secara Tahunan 

  • RM 50 setahun beserta RM 100 yuran pendaftaran (one-off) – Ahli Baru
  • RM 50 setahun –Ahli sedia ada yang aktif
AHLI SEUMUR HIDUP

Jemaah atau anak kariah Alam Sari yang berdaftar dan memilih untuk sumbangan secara one-off; 

  • RM 900 beserta RM 100 yuran pendaftaran(one-off) – Ahli Baru.
  • RM 900 - naik taraf ahli biasa yand sedia ada dan masih aktif
BUKAN AHLIJemaah luar atau anak kariah Alam Sari yang TIDAK berdaftar di bawah Khairat AS atau keahlian telah luput.

 

3. TEMPOH PERLINDUNGAN

  • Tempoh perlindungan bermula dari 1-JANUARI dan berakhir pada 31-DISEMBER setiap tahun.
  • Keahlian akan gugur jika ahli gagal membayar yuran tahunan selama 2 TAHUN berturut-turut.
  • Akaun ini adalah akaun Tabarru’. Sumbangan yang diterima adalah milik Khairat Surau Al Amin, Alam Sari dan tidak akan dikembalikan kepada ahli/waris.

 

4. PENDAFTARAN, PEMBAYARAN  DAN KEMASKINI MAKLUMAT

Tatacara pendaftaran ahli, pembayaran Yuran dan kemaskini maklumat boleh didapati dan dilakukan secara ONLINE melalui website https://al-aminkhairat.com. Maklumat Akaun Khairat seperti tertera;

Infaq Khairat dan Kebajikan Surau Al-Amin (BANK ISLAM)

1202-901007-9595 

 

5. MANFAAT AHLI KHAIRAT

STATUS AHLIURUSAN JENAZAH

SAGUHATI

 

  1. AHLI BIASA
Kos Ditanggung Sepenuhnya

RM 1000 

RM 1500 (Urusan Jenazah & Kebumi tidak diuruskan di AS)

  1. AHLI SEUMUR HIDUP
Kos Ditanggung Sepenuhnya

RM 1000 & Pengecualian keahlian WARIS selama 5 tahun.

RM 1500 (Urusan Jenazah & Kebumi tidak diuruskan di AS)

  1. PENAMA (WARIS) BERDAFTAR
Kos Ditanggung SepenuhnyaRM 300 & *Kebajikan WARIS

*Atas budi bicara Pihak Surau dan AJK Khairat AS. Tertakluk kepada terma dan syarat

Waris kepada Jenazah yang BUKAN AHLI perlu membayar sepenuhnya khidmat pengurusan jenazah seperti Para 7.0 - Jadual Kos Perbelanjaan Urusan Jenazah.

Selain itu, AHLI juga layak mendapat wang bantuan kebajikan seperti jadual di bawah tertakluk kepada budibicara AJK Khairat & Pengurusan Jenazah Alam Sari. 

KEBAJIKAN WARISSUMBANGAN AHLI*
HAJI (ONE-OFF)RM 300
KEMALANGAN & SAKIT (WARDED)RM 200
BENCANA ALAM, KEBAKARAN, BANJIR, RIBUTRM 100
HILANG UPAYA/KECACATAN KEKALRM 200

*Maksimum RM1000 setahun dan hanya layak kepada AHLI sahaja. Tertakluk atas budi bicara AJK Khairat dan terma&syarat

 

6. KOS PERBELANJAAN URUSAN JENAZAH

 

URUSANKOS (RM)

NOTA

 

  1. Saguhati Mandi & Kafan
150.00 
       2. Kelengkapan mandi & Kafan250.00 
      3. Pendaftaran lot tanah kubur*600.00RM 630.00 (Pengebumian waktu malam)
      4. Kepok Kubur Sg Tangkas*200.00 
      5. Tabung Tapak Perkuburan*100.00 
      6. Saguhati Imam Solat Jenazah   50.00 
      7. Saguhati Imam Bacaan Talkin100.00 
      8. Saguhati Van Jenazah Amal Team100.00Penghantaran sekitar lembah Klang sahaja**
      9. Saguhati Pemandu Van Jenazah100.00 
      10. Saguhati Penggali Kubur100.00 
JUMLAH KESELURUHAN1750.00RM 1780.00 (Pengebumian waktu malam)

*Kos Urusan #3, #4 & #5  telah ditetapkan oleh pihak Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi.   BUKAN AHLI perlu berhubung dengan AJK Khairat untuk urusan pembayaran.

**Kos penghantaran di luar lembah Klang akan dimaklumkan pada PENAMA/WARIS pada hari kejadian.

Sila hubungi AJK Khairat untuk laporan kematian seperti tertera di Para 7– Carta Alir Pengurusan Jenazah.

 

7. CARTA ALIR PENGURUSAN JENAZAH SURAU AL-AMIN ALAM SARI

Sila lihat carta alir pengurusan Jenazah atau layari halaman website  https://al-aminkhairat.com untuk maklumat kematian, nombor contact AJK dan segala maklum balas kepada AJK unit Khairat & Pengurusan Jenazah Surau Al-Amin Alam Sari Kajang.

Tarikh Kemaskini: 5-Dis-2024